ALKISAH, masa kecil hidup jadi anak peneroka generasi pertama bukanlah mudah. Tinggal di ceruk Felda dengan rumah papan Felda jamban di luar. Kalau malam nak ke jamban, kalau tak ada orang tunggu depan jamban memang sanggup berak bungkus kertas lah jawabnya. Tapi kalau dah "mencret" mana sempat nak tadah paper. Kalau tadah paper pun bocor juga. Bukan kerana takut, tapi keselamatan kerana belakang rumah saya tahun 1984 dulu masih belukar yang ada babi tunggal dan pak belang sesat juga. Ok, stop cerita jamban.
Banyak penipuan yang emak dah buat. Iklan TV sangat kejam kepada kanak-kanak yang datang dari keluarga yang gaji bersih tak sampai RM10 (selepas tolak BK, Kantin, Khairat dll...orang Felda tahu lah apa tu BK. Tanya orang KL, BK tu Burger King). Sebagai kanak-kanak normal bila tengok TV hitam putih yang menyala pakai bateri kereta yang kena caj 3 hari sekali tu, memang bernafsu. Walaupun nampak hitam putih sahaja. Kesannya, meraung dan bergolek minta emak buat KFC. Finger Lickin Good katanya...paling mencabar keimanan apabila kulit ayam tersiat dan keluar asap dan ada kanak-kanak menggenggam drumstick dan mencariknya dengan gigi. Masa tu, baldi pun penuh kalau tadah bawah mulut.
Selepas secara konsisten request nak makan KFC, emak manalah sampai hati kan? Satu hari, balik dari sekolah di dapur ada bau aroma ayam goreng. Buka tudung saji sahaja...WOWWW KFC!!!
Terus peluk emak sambil menangis-nangis gembira. Emak pun nampak macam menitik air mata. Masa saya menulis ni pun, kalau letak baldi bawah muka juga boleh penuh dengan air mata. Terus cengkam drumstick dan terus jambal (ratah) sahaja. Saya ingat, selepas dari itu saya tak suka makan KFC. Yang saya makan kali pertama itu, LIAT SANGAT. Pada umur saya 8 tahun gigi susu banyak nak gugur. Satu gigi saya tercabut mengunyah ayam
"KFC" itu. Tak boleh kunyah, saya telan sahaja lepas kunyah lebih kurang. Mak bersuara...nak lagi KFC? Kami beradik jawab TAKNAKK...LIAT!!
Saya kurang ingat bila tetapi saya ingat, emak akhirnya confess semasa saya sudah kenal erti hidup yang KFC liat itu ialah ayam kampung dalam reban.
Itu baru kisah ayam goreng. Emak juga ada menipu dalam hal lain. Contohnya sampai hari ini saya tidak makan organ ayam dan lembu kerana dulu jika ada mereka masak paru, pedal, hati semua mereka akan cakap "budak-budak tak boleh makan, nanti SUNAT k*te liat). Maka kami membesar dengan tidak sukapun makan organ itu. Tapi tengok mak ayah makan selamba seronok kerana anak-anak semua tak makan hahahaha. Cendekel juga.
Tapi kita juga tahu emak menipu, bila dalam keadaan tiada lauk lagi untuk dimakan, telur pun dah dimasak gulai berkuah untuk makan adik beradik. Minyak terpakai sisa masakan sudah dijadikan "sambal jelantah" (cili tumbuk, bawang campur dengan minyak sisa) bila kami selera makan sering kami tanya "Emak tak makan?"
Emak jawab "Emak dah makan". Rupanya bila ayah balik emak baru nak makan dengan ayah cuma nasi kosong dengan ikan kering. Kata dah makan tadi?
Semua ini kita tidak faham sehinggalah kita sendiri sudah mula jadi ibu bapa. Tapi bila bagitahu Orked, Seri dan Lela kalau makan ice-cream nanti gigi mereka jadi kropos-kropos mereka tetap makan ice-cream. Ternyata anak-anak saya RISK-TAKER (hampeh).
Ok, tentang ikan patin yang saya pegang. Ini kedai ikan patin yang saya singgah setiap kali balik ke kampung atau balik ke KL dari kampung. Saya kenal ikan patin sungai ori atau ikan patin ternak dalam kolam. Tengok muka ikan pun saya dah tahu, nak confirmkan saya cium ikan tu lagi tahu.
Oleh kerana saya sangat suka ikan patin, arwah emak sentiasa ada stock ikan patin dalam peti sejuk. Anak dia yang nama Saiful Nang ni suka buat surprise balik mengejut-mengejut. Bukan kita nak saja surprise tapi kita taknak bila balik kampung emak prepare macam nak buat kenduri semata-mata nak bagi anak dia yang buas makan ni makan.
HARI INI, 8 TAHUN YANG LALU, kami mengiringi jasad arwah dalam perjalanan terakhirnya dari Hospital Temerloh ke Felda Tementi. Hati saya sayu melalui gerai patin ini. Lagi sayu bila sesudah pengebumian, ayah tunjukkan peti sejuk di rumah separuh tempat ais itu berisi ikan patin. Air mata laju sangat mengalir melihat bagaimana telitinya seorang ibu memenangi hati anaknya. Jauh sangat lagi halusnya anak ini menyantuni hati mereka.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas Allayarhamah Rosminah Sulaiman. Alfatihah
SAIFUL NANG
Anak Emak.
Artikel ini asalnya dikongsi oleh Saiful Nang di laman Facebook milik beliau. Beliau merupakan seorang usahawan anak melayu yang sangat berjaya dan seorang fotografer. Pemilik kepada organisasi Warga Prihatin yang membantu anak-anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik. Kredit kepada Saiful Nang.
Ads:
loading...
Out Of Topic Show Konversi Kode Hide Konversi Kode Show Emoticon Hide Emoticon